Dulu..
Aku pernah kecewa dalam cinta..sampai tak sanggup aku dilukakan lagi..aku serah segala cinta aku pada seseorang…sudah puas diratah cinta , sayang dan kasih aku…di buang aku seperti aku ini tak pernah singgah di hatinya..aku bukan sempurna untuk insan sepertinya…siapalah aku  gadis kecil yang tak punya apa…sekadar seorang pelajar nak dibandingkan dengan kekasih hatinya sekarang…megah dia punya kekasih seperti gadis itu…ahhhh….dah lama aku lupuskan cerita kita dari ingatan ku…tiada guna aku mengingati semua nya…kau hanya lah suatu yang pernah dalam hidup aku..
Kini..
Allah telah hadirkan sesorang yang cukup bermakna dalam hidup aku …dia tidak lah sempurna mana…dia bukan lah seperti lelaki yang di idam-idamkan wanita…tapi bagi ku…dia cukup bermakna dalam hidup ku…Anas bin Ibrahim…ya…insan ini telah mencuri hati aku…entah bagaimana wujud satu perasaan aneh dalam hati ku…dia telah mengetuk pintu hati ku dan menjumpai kunci hati ku yang pernah aku lempar jauh suatu masa dulu..dia cukup sabar dengan perangai ego ku…Tuhan terima kasih anugerahkan aku insan sepertinya..Tuhan , tolong panjang kan jodoh kami..aku sayang dia…tak sanggup aku kehilangan nya...b , aku sayang kau..kekasih hati , cinta mati….jangan pernah tinggal kan aku...
b,
simpan cinta saya ini
bila rasa saya tiada

simpan cinta saya ini
sampai masa saya terlupa

kadang-kadang saya alpa
saya rasa kamu tidak ada
jadi saya buat ikut suka saya

saya sayang kamu gila-gila
kalau kamu betul-betul tidak ada
saya pun nanti betul-betul gila.
capital A,
aku tak nak jadi awek kau..
tapi..
aku nak jadi kekasih hati kau,
cinta mati kau,
aku tak jadi yang pertama..
tapi aku nak jadi yang terakhir..
boleh..?
"ha..masa susah macam ni baru tergapai-gapai cari mana tuhan...padan muka"

aku jeling imej dalam cermin yang galak perli aku sejak dari malam tadi.
celaka.
macam kau baik sangat.
kau pun sama je macam aku.
sebab kau tu,aku.
Terima Kasih Tuhan..
Aku melihat sesuatu semalam. Bergambar bersama wanita barunya. Wanita itu seorang yang anggun. Putih. Ok sepenuhnya. Hendak dibandingkan aku sama wanita itu, bagai langit dengan bumi. Terlalu berbeda. Tuhan telah menciptakan seseorang yang cukup puas untuk dia. Terpancar sinar cinta yang suci dari mata mereka semasa mereka saling menatap mata. Sepertinya mereka saling mencintai. Dan sungguh sukar untuk melihat dia memandang aku sebegitu rupa semasa kami saling menatap mata. Apakah dia tidak mencintai aku sepertimana dia mencintai wanita barunya itu?

Ah. Semuanya sudah terlewat. Penipuan itu telah kuketahui. Terlalu kabur jika hati aku inginkan sesuatu yang sama seperti beberapa tahun lepas. Hiris sungguh jiwa aku kini. Atau mungkin, selama-lamanya akan terhiris akibat semua ini.

Tuhan.
Bohong jika aku bilang aku masih tidak mencintai dia. Masih tetap nama dia dalam hati ini. Paling pertama. Untuk menempatkan dia bawah dari pertama, sepertinya tidak bisa. Dia tetap dalam hati aku. Sampai bila-bila.

Tuhan.
Terima kasih atas pemberian-Mu yang megah untuk dia. Ku harap mereka kekal sampai ke-tua. Sampai mati sekalipun.

Terima Kasih Tuhan.
jangan risau ya 
bila tiba waktu nanti
aku pergi
pergi jauh dari sini

jangan risau tentang air mata lagi
mungkin takda yang akan jatuh ke bumi
jangan risau tentang hati lagi
takkan ada yang akan melacaknya lagi

sabar ya
hari itu pasti tiba
izinkan aku tuhan,
untuk aku berlari,
walau aku tetap di sini,
di tempat ini.

izinkan aku tuhan,
untuk aku menangis,
supaya aku terlupakan dia,
supaya aku terlupakan dia,

walau tak aku fahami,
aku sendiri tidak mengerti,
sejauh mana hakikat manusia,
di padang itu tempat aku berfikir.

aku selami hitam,
hitam,
itu lebih baik,
dari putih yang bernanah

semoga aku dapat lupa,
tanpa aku rasa seksa

AKU TAK PASTI KAU BACA ATAU TAK
HARAP KAU BERMIMPI
AKU MELODIKAN SAJAK SAMPAH
DARI SAMPAH MACAM AKU
UNTUK LELAKI MACAM KAU